Kementerian Pelajaran Disaran Wujud Subjek Berkaitan Teknologi Hijau - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Kementerian Pelajaran merancang secara menyeluruh sukatan mata pelajaran dan kurus mengenai pembangunan dan teknoloji hijau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mahu melihat sistem pendidikan negara mencapai taraf dunia dan berupaya melahirkan pelajar cemerlang serta menghargai kepentingan memelihara hasil bumi dan alam sekitar.

"Saya menggesa supaya sekolah-sekolah sentiasa mengambil langkah khusus dalam usaha memperkenal dan melaksanakan projek-projek hijau yang asas di sekitar kawasan sekolah masing-masing serta mengamalkan budaya kitar semula.

"Sudah pasti inisiatif seperti ini akan dapat memupuk kesedaran mengenai sistem dan nilai-nilai hijau dalam kalangan pelajar," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah GreenTech Malaysia di sini, malam Jumaat.

Ia adalah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Green Tech Malaysia. Turut hadir ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan timbalannya, Datuk Noriah Kasnon.

Selain di peringkat sekolah, Muhyiddin menyeru institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar menawarkan lebih banyak kursus berkaitan dengan pembangunan ekonomi hijau dan industri teknologi hijau bagi memenuhi permintaan pasaran di Malaysia.

"Ini akan dapat membangun dan menyediakan tenaga kerja dan keupayaan modal insan yang fokus dan berpengetahuan mengenai industri hijau dan pastinya ia dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan di masa hadapan," katanya.

Mengenai Anugerah GreenTech Malaysia, beliau berharap pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang berjaya akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang.

Katanya pengitirafan tersebut adalah sebagai satu kaedah memberi galakan kepada bakat dan usaha yang dilaksanakan untuk memupuk dan meningkatkan pembangunan teknologi hijau di negara ini. Senarai pemenang Anugerah GreenTech Malaysia 2012 - Anugerah Teknologi Hijau kategori Kewartawanan:

1. Nazarul Aziz Shahruddin (Harian Metro))(kategori akhbar Bahasa Melayu)

2. Chuah Bee Kim (The New Straits Times) (kategori akhbar Bahasa Inggeris)

3. Izamhadi Sidik (RTM 1) (kategori televisyen)

4. Khairunnisa Sulaiman (Utusan Malaysia) (Anugerah Perak) (kategori akhbar Bahasa Melayu)

Anugerah Khas Media Televisyen:

Astro Awani Network Sdn Bhd

Anugerah Khas Media Cetak: - 1. The New Straits Times (M) Sdn Bhd

2. Utusan Melayu (Malaysia) Bhd

Anugerah Teknologi Hijau (kategori sekolah):

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu

2. SMK Dato Onn, Butterworth, Pulau Pinang Anugerah Teknologi Hijau (kategori univerisiti)

1. Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

2. Center of Lipid Engineering and Applied Research (CLEAR), Universiti Teknolgi Malaysia, Johor.

Anugerah Teknologi Hijau (kategori pemaju komersil)

Sunway Berhad -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan