Kabinet Bayangan Pembangkang Kelirukan Rakyat - PM

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet bayangan pakatan pembangkang disifatkan sebagai suatu 'permainan' yang hanya mengelirukan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pembangkang memberi mesej yang bertentangan apabila ada yang mendakwa ia adalah kabinet bayangan dan juga menafikan serta tidak memerlukannya yang mereka cuma boleh membentuk kerajaan apabila menang pilihan raya sahaja.

"Ini semua permainan mereka sebenarnya supaya mengelirukan rakyat sebab mereka pada asasnya apabila mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang memberi keuntungan politik, mereka mencari pelbagai helah untuk mengelirukan rakyat atau melakukan sesuatu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn di sini, malam Jumaat.

Najib berkata, salah satu daripada keperluan dalam sistem yang dikatakan demokrasi Westminster seperti di England ialah menubuhkan sebuah kabinet bayangan ketika menjadi pembangkang.

“Ini supaya kabinet bayangan selain berfungsi waktu mereka menjadi pembangkang boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan mereka itu sama ada berwibawa atau tidak.

“Dalam hal ini, mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Beliau menambah, walaupun terdapat kabinet bayangan tetapi ia boleh dipertikaikan daripada pelbagai sudut antaranya pembangkang tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh mengikut wilayah dan kronisme.

"Mereka selalu dakwa kita kronisme tapi bila sampai kepada mereka, mereka cuba pertahankan apa yang dilakukan,” kata Najib.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan