Dana RM40 Juta Kepada Umno Sabah Adalah Derma Politik – PM

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian dana berjumlah RM40 juta kepada Umno Sabah disifatkan sebagai derma politik.

Beliau berkata, setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima derma politik selagi ia dilakukan dengan saluran yang betul.

Ketika ditanya di manakah sumber dana itu diperoleh, Najib bagaimanapun enggan untuk mendedahkannya dan menyatakan bahawa pembangkang turut menerima derma politik.

“Kita tidak sewenang-wenang mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka perolehnya.

“Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn di sini, malam Jumaat.

Berhubung pemberian dana itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa ia dilakukan dengan cara yang betul atas kebaikan parti.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Nazri menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanyakan mengapa tiada tindakan lanjut diambil terhadap Musa dan Chia selepas SPRM selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan