Perkahwinan Di Bawah Umur Dibenarkan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perkahwinan antara pasangan di bawah umur bukan satu jenayah dalam Islam jika dengan berbuat demikian boleh menghalang pasangan daripada terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, kata anggota Exco Kedah.

"Jika ibu bapa pasangan bawah umur membenarkan perkahwinan, sepatutnya tidak ada sebarang masalah, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

Beliau berkata di bawah Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, ibu bapa yang mahu mengahwinkan anak-anak di bawah umur mereka dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam.

Beliau berkata di dalam borang perkahwinan, pasangan dan ibu bapa mereka mesti menyatakan umur pengantin perempuan dan pengantin lelaki dan memberikan sebab perkahwinan.

Beliau berkata dalam kebanyakan kes, keputusan pasangan muda untuk berkahwin adalah bagi mengelakkan masalah sosial.

"Dalam kebanyakan kes ibu bapa membuat keputusan untuk membiarkan anak-anak mereka untuk berkahwin kerana mereka tidak lagi boleh mengawal mereka dan percaya bahawa, dengan berbuat demikian, mereka menghalang remaja daripada melakukan dosa," katanya Khamis.

Berdasarkan rekod Jabatan Agama Islam Kedah dari 2008 sehingga 2010, terdapat 275 permohonan perkahwinan yang melibatkan individu di bawah umur.

Beliau berkata 75 permohonan telah diterima pada tahun 2008, 99 pada tahun 2009 dan 101 pada tahun 2010.

Lebih daripada 90 peratus daripada mereka yang terlibat adalah gadis di bawah umur 16.

Mohamed Taulan berkata dalam Islam seseorang yang telah mencapai umur baligh boleh berkahwin.

Ditanya mengenai kadar perceraian yang melibatkan perkahwinan di bawah umur, Mohamed Taulan berkata ia adalah lebih kurang sama seperti pasangan lain.

"Bagi pasangan muda, masalah boleh berlaku jika suami tidak mempunyai pendapatan tetap atau menganggur.

"Tetapi jika pasangan itu mempunyai sokongan yang baik daripada ibu bapa mereka, termasuk sokongan kewangan, mereka tidak mempunyai banyak masalah," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan