Oldtown White Coffee Memang Mohon Sijil Halal - Jakim

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Oldtown White Coffee telah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tahun 2010.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya telah meluluskan sebahagian besar permohonan syarikat berkenaan dan yang selebihnya masih dalam proses mendapatkan kelulusan serta pembaharuan sijil halal.

"Mereka (Oldtown) telah mohon dengan Jakim dan ada sebahagian telah diluluskan. Mungkin di premis yang tidak ada sijil halal ini mereka telah mohon cuma belum dapat logo dan sijil halal daripada Jakim lagi,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi OldTown Bhd, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, yang menegaskan syarikat itu mengeluarkan bekalan makanan yang halal daripada pembekal yang memiliki sijil halal daripada Jakim.

Sebelum ini terdapat blog yang mendakwa OldTown White Coffee tidak halal kerana tidak memiliki sijil halal Jakim.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata mempamerkan logo halal dan penandaan halal yang tidak dapat dibuktikan dengan pensijilan Halal Malaysia dikeluarkan Jakim serta pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah satu kesalahan kerana perbuatan itu memperdaya dan mengelirukan pengguna.

"Oleh itu isu membenarkan premis makanan mempamerkan logo halal tanpa pensijilan itu tidak berbangkit. Kita harap pihak penguasaha faham peranan Jakim dalam hal ini," katanya.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Dr Ahmed dilaporkan berkata sejak Oldtown ditubuhkan ia telah memiliki pensijilan halal dari Islamic Food and Research Council ASIA.

Bagaimanapun kini hanya sijil halal Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang diiktiraf untuk dipamerkan di premis restoran.

Ditubuhkan pada 1999, Oldtown mengeluar campuran dan produk minuman segera, selain mengurus operasi lebih daripada 200 kafe di seluruh negara dan rantau ini.

Pada 2005, perniagaan diperluas kepada sektor perkhidmatan makanan menerusi pembukaan rangkaian restoran kafe yang berasaskan kedai kopi tradisional Ipoh menggunakan jenama "Oldtown White Coffee".

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan