Oldtown Sasar Semua Premis Francais Dapat Sijil Halal Jakim Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Oldtown Berhad menyasarkan kesemua 179 restoran francaisnya, Oldtown White Coffee, di negara ini menerima perakuan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelang akhir tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Tafsir Lop Pici berkata, setakat ini 60 peratus premis berkenaan sudah pun mendapat kelulusan persijilan halal daripada JAKIM.

"Baki 40 peratus lagi sudah pun dalam proses dan menunggu pengesahan. Kami menjangkakan persijilan halal bagi kesemua kafe akan disempurnakan menjelang akhir tahun 2012," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Justeru itu beliau memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang disajikan di semua restoran francais mereka, adalah halal.

Dr Ahmad Tafsir berkata, pihaknya sentiasa berusaha mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan JAKIM berhubung penyediaan makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam.

"Kami tidak menyajikan produk makanan yang tidak halal mahu pun menyaji alkohol. Semua bekalan kami disediakan pembekal yang memiliki persijilan halal yang diiktiraf Jakim dan dikehendaki mengemukakan sijil halal yang sah bagi setiap bahan yang dibekalkan.

"Semua makanan dan minuman di restoran kami disediakan mengikut lunas-lunas Islam. Dua pertugas rakyat tempatan beragama Islam bertugas pada setiap shif di setiap restoran seperti yang ditetapkan Jakim," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sangat menitikberatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Oldtown White Coffee tidak bersekutu dengan sebarang parti politik memandangkan Oldtown Berhad merupakan syarikat awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, sebahagian permohonan masih dalam peringkat tindakan pembetulan oleh syarikat membabitkan aspek pematuhan standard dan prosedur persijilan halal Jakim. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan