TNB Hentikan Penggantian Meter Buat Sementara Waktu

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menghentikan penggantian meter elektrik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ini diputusakan selepas aduan yang diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penambahbaikan meter elektro-mekanikal kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj "retrospektif".

"TNB telah menghentikan operasi untuk menggantikan meter lama dan dalam perbincangan dengan kementerian untuk tampil dengan prosedur operasi standard untuk meningkatkan keyakinan pengguna.

"Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru," katanya selepas melancarkan Konvensyen Antarabangsa Greentechnology Malaysia ke-3 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Chin, bagaimanapun menambah, penggantian masih dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan