Suara Mahasiswa Perlu Berdasarkan Fakta, Bukan Retorik - PM

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bergambar bersama para pemenang Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya. Kategori Bahasa Malaysia di menangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia manakala bagi kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara yang menewaskan UIAM. Juara membawa pulang Piala Perdana Menteri dan wang tunai RM25,000 bagi setiap kategori. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.

Beliau berkata pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan," katanya selepas menyaksikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 kategori Bahasa Malaysia di Universiti Malaya, di sini, Rabu.

Najib juga berkata era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti awal tahun ini juga dibuat bagi mengalak keterbukaan mahasiswa berfikir secara kreatif dan kritis.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau juga mahu melihat generasi baru dibangunkan melalui cara yang tersusun dan terancang manakala perubahan yang dibuat harus mengutamakan keberhasilan yang positif.

"Kita semua berkehendakkan perubahan, tetapi apa yang penting ialah keberhasilannya itu, bukan perubahan itu dijadikan retorik ataupun slogan sahaja," katanya.

Pertandingan akhir itu menyaksikan perdebatan antara Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.

Pertandingan debat kali kedua itu dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan.

UIA muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 manakala UKM, selaku nain johan, menerima hadiah wang tunai RM15,000. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan