Sekolah Agama Rakyat Tidak Dipinggirkan

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan berjumlah RM95 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR) pada 2011, sekali gus menangkis tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk sekolah itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kemudahan lain turut diberi kepada SAR selepas mereka berdaftar dengan kementerian.

"Sehingga kini, 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian.

Puad berkata, antara kemudahan yang diberi kepada SAR yang berdaftar dengan kementerian ialah bantuan kewangan untuk menaik taraf sekolah serta guru-gurunya dilatih dari semasa ke semasa, berjawatan tetap, berpencen dan menerima skim gaji yang lebih baik.

Sekumpulan pelajar SAR dilihat berhimpun di pintu masuk bangunan Parlimen pagi Khamis dikatakan untuk menuntut peruntukan kepada sekolah berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan