PTPTN Kutip RM1.3 Juta Dalam Sembilan Hari

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip semula hutang lebih daripada RM1.3 juta hanya dalam tempoh sembilan hari dari tarikh pengumuman diskaun 20 peratus untuk pinjaman tersebut melalui pengumuman Bajet 2013 oleh Perdana Menteri pada 28 September lalu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah kutipan berkenaan membabitkan 179 peminjam daripada 424 pemohon yang memohon penyelesaian penuh pinjaman masing-masing.

"Daripada jumlah kutipan itu sejak 1 hingga 9 Oktober, bermakna jumlah diskaun yang diberikan kerajaan membabitkan sebanyak lebih RM325,000.

"Saya yakin hasil daripada pengumuman Perdana Menteri, kadar bayaran balik akan mencecah kepada 70 peratus berbanding sekarang iaitu bilangan pelajar yang membuat bayaran balik adalah 49.01 peratus," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Menerusi pengumuman Bajet 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan mengumumkan diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekaligus hutang PTPTN dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.

Selain itu Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, rebat diskaun berkenaan turut layak dinikmati peminjam yang dikenakan tindakan undang-undang.

"Rebat ini terpakai kepada semua, yang sedang diambil tindakan saman pun berhak untuk mendapat rebat," katanya.

Tambah Ismail, PTPTN turut melonggarkan peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam iaitu Ujrah.

"Begitu juga bagi penyelarasan Ujrah. Sekarang kita longgarkan kepada sesiapa sahaja yang dapat pinjaman PTPTN, mereka layak nikmati diskaun 20 peratus, 10 peratus dan penyelarasan satu peratus Ujrah termasuk yang disenarai hitam oleh pihak imigresen," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan