Pembangkang Tunda Demo Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang yang dijadual diadakan pada 3 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil ditunda bagi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, pembangkang tetap mahu menganjurkan satu majlis pelancaran berhubung perhimpunan tersebut pada tarikh yang sama di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan.

"Himpunan itu terpaksa ditangguhkan, tapi kita akan teruskan dengan majlis pelancaran terlebih dahulu sebelum himpunan besar-besaran diadakan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Menurut Mohamad, pembangkang merancang mengadakan semula Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut pada 12 atau 19 Januari depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kami harap dapat kerjasama semua pihak termasuk penyelenggara stadium menghormati permintaan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya diadakan himpunan di stadium berbanding di jalanan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran perhimpunan berkenaan, Mohamad menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peserta membanjiri Padang MPS.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan