Malaysia Airports Bina Akademi Latihan Untuk Kakitangan

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membina pusat latihan akademi bagi membangun keupayaan kakitangan dalam pengurusan lapangan terbang dan operasi, kata Pengurus Besar Sumber Manusia MAHB, Suradini Abdul Ghani.

Beliau berkata pembinaan akademi itu adalah selaras dengan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

"Di KLIA 2, kami akan menempatkan peralatan dan kemudahan yang lebih maju. Oleh itu staf kami perlu lebih maju dalam bidang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Khidmat Setia Ke-10 MAHB di sini Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Tan Sri Bashir Ahmad.

Suradini berkata akademi tersebut terletak berhampiran kawasan KLIA dan pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan. Akademi itu dijangka boleh digunakan menjelang 2015, tambahnya.

"Kini kami mempunyai pusat latihan di Pulau Pinang dan KLIA untuk melatih kakitangan keselamatan aviasi dan menyelamat kebakaran lapangan terbang.

"Kami juga memiliki beberapa sekolah seperti operasi lapangan terbang, menyelamat kebakaran lapangan terbang, keselamatan aviasi lapangan terbang dan kejuruteraan keselamatan. Kami juga membangun sekolah pengurusan. Ini adalah sekolah-sekolah yang akan dibangunkan di bawah akademi," katanya.

Mengenai pengambilan staf baru untuk KLIA 2, Suradini berkata mereka akan membuat pengambilan baru.

"Namun kami akan cuba mengguna seramai mungkin staf kami sedia ada yang sudah mempunyai pengalaman. Mungkin kami memindah orang daripada terminal sedia ada ke KLIA 2," katanya.

Wan Abdul Aziz dalam ucapannya berkata seramai 35 kakitangan yang berkhidmat di lapangan terbang kendalian MAHB di seluruh Semenanjung menerima Anugerah Khidmat Setia pada majlis itu kerana telah berkhidmat selama 25 tahun.

Katanya majlis yang sama akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 18 Okt depan untuk meraikan 47 lagi kakitangan serta 139 kakitangan di Kota Kinabalu, Sabah pada keesokannya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan