Kertas Putih Talam Dan Penstrukturan Air Dibentang Di Sidang DUN 19 November

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membentangkan dua kertas putih - mengenai kutipan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) dan penstrukturan semula air - pada persidangan khas Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya masih menunggu perkenan Sultan Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan sidang khas itu sebelum tarikh tersebut.

"Kertas putih mengenai kutipan hutang Talam telah diserahkan kepada pejabat Dewan Negeri Selangor bersama-sama dengan laporan audit oleh KPMG (KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd) dan dokumen lain berkaitan dengan pembayaran hutang oleh Talam kepada kerajaan negeri.

"Kertas putih penstrukturan semula air pula mengandungi segala dokumen hasil perbincangan dengan kerajaan pusat dan segala surat-menyurat yang menunjukkan kerajaan negeri amat komited untuk mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini petang Rabu.

Abdul Khalid berkata orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen itu perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Mengenai persetujuan kabinet untuk meneruskan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, beliau berkata pelbagai perkara harus diambil kira seperti pembayaran cukai tertunggak dan penukaran status tanah daripada pertanian kepada pembangunan bercampur.

"Kita juga kena lihat tentang perkara yang dipertikaikan oleh (di) mahkamah dan saya berharap premium dibayar tidak seperti sebelum ini, jika tidak bayar premium kelulusan juga tidak akan diberi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan