BNBBC Turun Padang Jelas Bajet 2013

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) mengambil inisiatif untuk turun padang bagi membuat penerangan kepada rakyat dan menangkis pembohongan pembangkang mengenai Bajet 2013.

Wakil BNBBC, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, langkah berkenaan wajar terutamanya bagi memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai faedah yang bakal dinikmati menerusi bajet yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu katanya, sesi penerangan mengenai kelemahan janji pembangkang menerusi bajet alternatif mereka juga perlu agar rakyat tidak terkeliru dan terpedaya.

"Jangan menipu dengan angka. Banyak perkiraan yang begitu mudah pun mereka (pembangkang) boleh salah. Janji mereka langsung tidak disertakan dengan sumber kewangan.

"Contohnya, mereka janji hendak kurangkan subsidi sebanyak RM7.7 billion. Bermakna harga barangan keperluan terpaksa dinaikkan kerana barangan ini menyumbang kepada 61 peratus daripada keseluruhan subsidi.

"Di samping itu bantuan kebajikan serta insentif pertanian dan nelayan terpaksa dikurangkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Pada Rabu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata, meminta kerajaan supaya tidak harus menunggu lebih lama lagi untuk tampil menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa bajet alternatif pembangkang mengelirukan.

Kata Ahmad Husni lagi, "mengikut perkiraan" bajet itu pasti akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Selangor, menyifatkan pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab kerana gagal memberikan jalan keluar kepada beban hutang negara yang akan menimbulkan keresahan kepada pelabur untuk datang ke negara ini.

"Kerajaan BN ketika ini telah pun mempunyai pelan untuk menghadapi hutang...tetapi tidak bagi mereka.

"Saya sendiri didatangi pihak industri kecil sederhana yang merayu supaya pembohongan pembangkang dihentikan kerana boleh menyebabkan industri mereka lingkup.

"Keyakinan pelabur boleh jatuh dengan bajet mereka ini yang kononnya mampu tampung hutang negara walhal tidak mampu berbuat sedemikian," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri menyifatkan janji pembangkang untuk menghapuskan tol yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM6 billion adalah tidak munasabah.

"Sekiranya tol dihapuskan bermakna kerajaan akan meningkatkan lagi peruntukkan subsidi bukan menurunkan subsidi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan