SSM Serah Semula Kertas Siasatan Suaram Kepada Peguam Negara

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menghantar semula kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kertas siasatan itu dihantar untuk tindakan lanjut pada Rabu lalu.

"Laporan telah dilengkapkan seperti yang diminta. Pejabat Peguam Negara seperti berpuas hati dan gembira kerana sehingga kini tiada maklum balas diterima.

"Kami masih menunggu respons daripada mereka dan saya akan dapatkan maklumat lanjut daripada pegawai saya tentang perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Sebelum ini Pejabat Peguam Negara memulangkan kembali kertas siasatan berkenaan kepada SSM untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Initiatif Sdn Bhd (SISB).

Baru-baru ini Ismail Sabri dilaporkan berkata siasatan SSM mendapati ada transaksi dana antara SISB dan Suaram, iaitu badan bukan kerajaan yang mengaku menerima dana asing untuk menjalankan program berkaitan hak asasi manusia.

Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Amerika yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang George Soros.

Ismail Sabri meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan