Puntung Rokok Punca Kepulan Asap Di Bangunan Tempatkan 1,329 Jemaah Haji Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Petugas Tabung Haji, Baharuddin (berdiri dua kanan) dan Zulkifli (berdiri kanan) sedang mengagihkan makanan dan minuman kepada jemaah haji yang ditempatkan dipenempatan sementara, di Hotel Abraj Al-Janadiriyyah setelah bangunan hotel penginapan mereka di Qasr Al-Janadiriyyah dilaporkan mengeluarkan kepulan asap di lobi hotel penginapan tersebut. Walau bagaimanapun tiada kebakaran yang dikesan di bangunan berkenaan, kata Bomba Arab Saudi. -fotoBERNAMA
Petugas Tabung Haji, Baharuddin (berdiri dua kanan) dan Zulkifli (berdiri kanan) sedang mengagihkan makanan dan minuman kepada jemaah haji yang ditempatkan dipenempatan sementara, di Hotel Abraj Al-Janadiriyyah setelah bangunan hotel penginapan mereka di Qasr Al-Janadiriyyah dilaporkan mengeluarkan kepulan asap di lobi hotel penginapan tersebut. Walau bagaimanapun tiada kebakaran yang dikesan di bangunan berkenaan, kata Bomba Arab Saudi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bangunan Qasr Al-Janadiriyyah di Makkah, yang menempatkan 1,329 orang jemaah haji Malaysia dikosongkan sementara setelah berlaku kepulan asap di maktab itu, Rabu.

Menurut kenyataan Tabung Haji di sini, petugas Tabung Haji mengesan kepulan asap di tingkat bawah bangunan itu pada pukul 8.15 pagi (waktu Arab Saudi) sebelum mengambil tindakan mengosongkan bangunan yang juga dikenali sebagai Maktab 92, dengan memindahkan jemaah ke bangunan bersebelahan Abraj Al-Janadiriyyah untuk sementara waktu.

Menurut kenyataan Tabung Haji itu, laporan awal pihak bomba Arab Saudi mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh jemaah haji yang menginap di situ dan tersangkut di saluran paip bangunan.

"Keadaan kini telah kembali seperti biasa dan jemaah haji Malaysia juga telah dipindah masuk semula ke bangunan tersebut (maktab 92) pada pukul 10.40 pagi (waktu Arab Saudi)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihati jemaah Haji supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji supaya tidak menghisap rokok di dalam bangunan.

Dua jentera bomba Arab Saudi dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran kecuali asap dari puntung rokok tersebut.

"Bagaimanapun, asap dan bau telah masuk ke kawasan lobi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Katanya tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa insiden. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan