Penyertaan Jayathas Dalam PKR Hanya Beri Kesan Kecil Dalam Masyarakat India - Subra - Berita Semasa | mStar

Penyertaan Jayathas Dalam PKR Hanya Beri Kesan Kecil Dalam Masyarakat India - Subra

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan pemimpin tertinggi Hindraf, S Jayathas untuk menyertai PKR hanya memberi kesan kecil terhadap masyarakat India, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Mereka (PKR) hanya pandai bercakap, tidak seperti kita yang sedang melakukan kerja untuk masyarakat India.

"Saya tidak melihat apa-apa yang berbeza (kemasukan Jayathas ke dalam PKR)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smart Outsourcing Summit 2012 pada Rabu.

Beliau berkata bahawa masyarakat India telah menerima usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membawa perubahan positif kepada kehidupan mereka sejak lebih tiga tahun yang lalu.

"Masyarakat India mula menjadi lebih sedar tentang perkara ini dan mereka akan membuat pilihan mereka berdasarkan faktor-faktor ini," katanya.

Pada Selasa, Jayathas, seorang ahli perniagaan dari Melaka, berkata beliau telah menyertai PKR sebagai platform lebih baik bagi memperjuangkan masyarakat India.

Dia turut menafikan kenyataan Ketua Pemuda Hindraf S Thiagarajan bahawa dia berbuat demikian disebabkan masalah kewangan.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan