Orang Dalam Bocor Rahsia Kepada Penceroboh Tanah - Kata DO

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pihak berkuasa sukar menangkap orang-orang yang terlibat dalam pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands berikutan kakitangan pejabat daerah sendiri dipercayai bersekongkol dengan penceroboh.

Pegawai Daerah, Datuk Ahmad Daud membuat pengakuan mengejutkan ketika mengulas mengenai pencerobohan tanah yang semakin berleluasa di Blue Valley Cameron Highlands.

Ahmad berkata pegawainya telah memantau pencerobohan tanah tersebut dan telah menjalankan serbuan "apabila kita menerima maklumat yang boleh dipercayai" berlakunya aktiviti sedemikian.

"Bagaimanapun, kita mengesyaki seseorang dari dalam jabatan telah membocorkan maklumat kepada pesalah, mengakibatkan serbuan gagal.

Apa yang lebih mencurigakan ialah mereka telah "mengambil semula" empat daripada sembilan item jentera berat yang dirampas semasa serbuan.

"Saya akan membersihkan jabatan saya dahulu sebelum melancarkan operasi skala penuh untuk menahan mereka yang terlibat," katanya.

Ahmad mengulas laporan muka depan The Star pada Selasa bahawa pencerobohan tanah di kawasan hutan simpan di Cameron Highlands, menyebabkan kebimbangan kepada penduduk.

Penduduk mengadu sumber air mereka terjejas dan dikhuatiri cerun yang terdedah akan mengalami hakisan ketika cuaca buruk dan berulangnya tragedi Ogos 2011 di mana tujuh orang mati dan beberapa buah rumah telah musnah di penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil.

Ahmad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan perkara tersebut secara muktamad.

Beliau berkata sukar untuk mengesan aktiviti haram itu kerana mereka menjalankan kerja-kerja pada waktu malam dan hujung minggu.

"Sukar untuk menangkap mereka kerana kami perlu berjalan jauh ke dalam hutan," katanya.

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiada lesen pendudukan sementara (TOL) baru dikeluarkan untuk pembangunan di Cameron Highlands.

Beliau menambah bahawa dasar kerajaan negeri adalah memperbaharui TOL lama dan tidak mengeluarkan lesen baru.

"Tempoh untuk TOL telah dilanjutkan kepada tiga tahun, bermaksud pemegang TOL tidak perlu memperbaharui lesen setiap tahun seperti sebelum ini," kata Adnan.

"Jadi saya tidak faham mengapa segelintir orang mengadu bahawa mereka tidak boleh memperbaharui TOL mereka," Adnan berkata selepas menghadiri sesi dialog dengan ketua-ketua jabatan persekutuan semalam.

Beliau juga berkata, pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah "perkara biasa", sambil menambah bahawa beliau telah meminta pejabat daerah untuk bertindak ke atas perkara itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan