Mangsa Banjir Perlu Isi Borang 'Anti-Penipuan' Untuk Dapat Bantuan

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Buat pertama kalinya, mangsa yang menerima bantuan banjir perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah kes-kes penipuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata langkah itu boleh menghentikan mereka yang tidak layak daripada menerima bantuan.

"Ini adalah kali pertama kita mengambil jalan mengkehendaki penerima mengisi borang.

"Pendaftaran untuk penerima bantuan akan dikendalikan oleh pejabat daerah masing-masing," kata Nazri, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pengurusan Bencana kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu di sini.

Nazri berharap mekanisme baru akan mengelakkan sebarang pembaziran dana dan yang paling berhak sahaja akan menerima bantuan.

Beliau menjelaskan bahawa mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan, akan didaftarkan untuk mendapat bantuan.

"Oleh itu, sukar bagi kita untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang enggan dipindahkan ke pusat-pusat bantuan.

"Biasanya bantuan akan diberi dalam tempoh tiga hari selepas pendaftaran," katanya.

Mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan semasa musim banjir, Nazri berkata tidak wajar untuk membuat spekulasi.

"Walau bagaimanapun, kerajaan sedang bersedia untuk menghadapi banjir tanpa mengira sama ada pilihan raya diadakan," katanya.

Nazri mengingatkan rakyat bergantung kepada maklumat banjir seperti stesen radio dan televisyen dan agensi-agensi rasmi yang boleh dipercayai.

"Kami menjangka banjir berlaku (di Terengganu) antara 14 dan 19 November serta 27 dan 30 November.

"Pada bulan Disember, kita menjangka ia berlaku antara 12 dan 19 dan 25 serta 31 Disember," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari http://etindakan.terengganu.gov.my atau http://portalbanjir.mkn.gov.my.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan