Karpal Diselar Cuba Bangkitkan Kes Sedang Dibicara Di Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu hangat apabila seorang penyokong pembangkang cuba mempersoal kredibiliti saksi pembelaan bagi sebuah kes yang sedang berlangsung di mahkamah.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 cuba menimbulkan isu kredibiliti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi saksi pembelaaan dalam perbicaraan membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Karpal yang cuba bertegas bahawa beliau membangkitkan perkara itu atas kepentingan umum, ditempelak beberapa Anggota Parlimen lain termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) dan N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai), sambil menyifatkan Karpal mempunyai agenda tersendiri.

Karpal, antara lain, berkata: "Kenapa pendakwaan dalam kes (bekas menteri pengangkutan Tun Dr) Ling Liong Sik bersetuju untuk adakan satu penangguhan untuk bolehkan representasi dibuat (pembelaan) kepada Peguam Negara atas (berdasarkan) keterangan Dr Mahathir sahaja?" katanya.

Zulkifli yang bangun mencelah berkata: "Saya rasa Bukit Gelugor dah nyanyuk. Dia sedang serang kredibiliti saksi pembela. Jika itu tidak menjejaskan kepentingan kes itu, pihak tertentu, apakah ia?"

Beliau berkata: "Dia (Karpal) amat arif. Dia putar belit prosedur, berselindung di sebalik perundangan untuk serang saksi."

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta Karpal untuk berhenti kerana berpendapat kenyataannya melanggar peraturan mesyuarat.

Beliau meminta peguam terkenal itu tidak membincangkan di dalam Dewan perkara-perkara yang sedang dibicara di mahkamah.

"Mungkin di luar Dewan apa jua pendapat perundangan boleh (disuarakan), tapi jangan gunakan Dewan dan katakan kebebasan bersuara, kepentingan awam. Saya tak rasa itu saya boleh benarkan," katanya.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) turut bangun dan meminta Karpal beralih ke perkara lain.

Ketika menjadi saksi pembelaan Selasa bagi kes Dr Ling yang dituduh menipu jemaah menteri berhubung projek PKFZ, Dr Mahathir dilaporkan berkata bekas menteri pengangkutan itu adalah seorang yang jujur dan melakukan tugas yang baik terutama dalam membangunkan Pelabuhan Klang.

Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Dr Ling dalam perbicaraan itu, memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan satu representasi bagi memohon pendakwaan menimbang semula tiga pertuduhan terhadap bekas menteri berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan