Air Terusan Sg Sireh Susut Kerana Ban Sungai Bernam Runtuh - MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyusutan air di Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjong Karang disebabkan ban di Sungai Bernam runtuh, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Rabu.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan kerja membaiki ban yang telah runtuh beberapa kali itu sudah dimulakan namun hanya akan selesai pada April depan.

"Justeru kita telah arahkan Lembaga Urus Air Selangor untuk mempercepatkan proses pembaikan dan agensi lain yang terlibat dari segi penentuan pengurusan sungai ini ialah IADA (Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu) yang mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat untuk tentukan pengaliran air cukup untuk kegunaan pertanian padi.

"Kita juga akan panggil pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak exco serta pegawai pertanian untuk turun padang bagi buat kajian berapa luas kesan kekurangan air ini kepada petani dan kesan ekonomi jika keadaan tidak cukup air berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dilapor mencabar Abdul Khalid supaya memberi jawapan berhubung masalah penyusutan air di terusan itu yang bakal menjejaskan ribuan pesawah dan petani di kawasan Sabak Bernam.

Mengulas mengenai desakan untuk memecat Setiausaha Politik beliau, Faekah Husain, Abdul Khalid berkata isu itu merupakan politik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah dan beberapa pemimpin parti itu mendesak supaya Faekah meletak jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam pakatan pembangkang.

Beliau turut mendesak Abdul Khalid mengambil tindakan sewajarnya ke atas setiausaha politiknya itu yang didakwa menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Mohamed Ali berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Azmin baru-baru ini dilapor mengeluarkan kenyataan yang membayangkan Abdul Khalid tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang mengekalkan kuasa di negeri itu.

Anggota Parlimen Gombak itu dilapor berkata khidmat Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat kerajaan pusat jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan