1,500 Pelabur Buat Aduan Berhubung Serbuan Terhadap Syarikat Genneva

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung serbuan ke atas syarikat itu pada 1 Oktober lepas.

Pengerusi biro itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya menerima hampir 2,000 aduan daripada pelabur syarikat emas terbabit selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan serbuan.

"Kesemua pelabur tidak berpuas hati dengan serbuan terhadap syarikat itu dan meminta pihak berkuasa memberi penjelasan," katanya pada sidang akhbar Rabu.

Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada BNM untuk memberi jaminan tertakluk berhubung keupayaan kewangan syarikat itu memulangkan semua aset milik pelabur.

"Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide," katanya.

Beliau berkata demi kepentingan awam, BNM perlu menyenaraikan entiti dan individu yang beroperasi tanpa kelulusan di media massa.

Sementara itu, Al Jazzura Khan berkata selama beberapa tahun menjadi konsultan dan pelanggan syarikat pelaburan emas tersebut, pelabur tidak pernah ditipu.

"Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya," katanya.

BNM dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk pengambilan deposit secara haram serta pengubahan wang haram.

Serbuan di beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat itu dilakukakan bersama oleh Polis Diraja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan