10 Oktober Diisytihar Hari Psikologi Perkhidmatan Awam - Nazri Aziz

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengisytiharkan 10 Oktober sebagai Hari Psikologi Perkhidmatan Awam bagi mempertingkat kesedaran di kalangan penjawat awam terhadap kepentingan pengurusan psikologi.

Beliau berkata Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) telah mengisytiharkan tarikh itu sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia pada setiap tahun.

Katanya, pengisytiharan itu merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan mereka yang terlibat dengan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

"Saya berharap sambutan ini akan membuka lembaran baru kepada perkembangan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam dan memberi manfaat kepada pembangunan modal insan perkhidmatan awam dan negara," katanya sempena Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Mohamed Nazri berkata untuk memperkasa modal insan perkhidmatan awam, usaha holistik dan terancang perlu diberi tumpuan dalam meneroka bidang baharu bagi mempertingkat kualiti serta mutu penyampaian perkhidmatan psikologi.

Beliau berkata ruang dan peluang baharu harus dibuka lebih meluas kepada pegawai psikologi untuk membangun kemahiran dan kepakaran mereka bagi menjamin kredibiliti serta akauntabiliti dalam penyediaan perkhidmatan.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata aspek kesesuaian nisbah pegawai dengan jumlah penjawat awam, struktur serta fungsi yang menyeluruh perlu diambil kira.

"Perkara ini penting untuk memastikan perkhidmatan psikologi memainkan peranan dengan sistematik serta memudahkan akses oleh pengguna. Dengan ini, usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pembentukan modal insan berprestasi tinggi dapat dicapai," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Farida Mohd ali berkata perkhidmatan psikologi yang wujud dalam perkhidmatan awam selama 20 tahun memberi manfaat kepada penjawat, anggota keluarga serta pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Dengan wujudnya perkhidmatan psikologi, ini bermakna ada pihak yang bertanggungjawab meneliti dan mengkaji tingkah laku anggota perkhidmatan awam.

"Bagi mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah, mereka boleh dibimbing dan dibangunkan semula; manakala bagi mereka yang telah cemerlang ianya akan terus dipimpin bagi mengekalkan tahap pencapaian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan