Saluran Televisyen Kabel Terbaharu Dilancar 2013

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri media penyiaran dijangka bakal berkembang apabila sebuah saluran televisyen kabel digital terbaharu akan diperkenalkan pada tahun hadapan yang diusahakan oleh ABN Media Group.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk K.K Eswaran (gambar) berkata, syarikat itu menerusi Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd yang membekalkan saluran berkenaan akan membuat kejutan kepada seluruh rakyat negara ini apabila pelancarannya diumumkan 48 jam sebelum siaran pengenalan.

“Kami akan membuat satu kejutan apabila pelancaran kabel TV ini akan dibuat 48 jam sebelum siaran pengenalannya ke seluruh negara pada tahun hadapan.

“Ketika ini proses meluaskan saluran kabel TV terbaharu ini sedang rancak dijalankan yang bermula di Lembah Kelang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam media di Hotel Shangri-La di sini, malam Isnin.

Turut hadir pengerusi ABN Media Group, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Eswaran menambah, orang ramai bakal mendapat pilihan yang tepat dengan adanya kabel TV ini kerana siaran yang dibekalkan dijamin mempunyai kualiti tinggi tanpa gangguan.

Katanya ia berbeza dengan saluran televisyen berbayar lain yang menerima banyak rungutan kerana siarannya yang sering terganggu terutamanya ketika hujan.

“Kami percaya, tiada rungutan apabila saluran baru ini dilancarkan dan berharap rakyat mendapat manfaat daripadanya. Salurannya adalah dalam bentuk digital sepenuhnya,” ujar beliau.

Televisyen digital kabel berbayar ini mempunyai banyak saluran yang dibekalkan antaranya sukan, hiburan, berita tempatan dan luar negara, filem, dokumentari dan juga fesyen.

Malah ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada stesen penyiaran Astro yang menggunakan satelit sebagai kaedah siarannya.

Dalam perkembangan lain pihak ABN bakal bekerjasama dengan kira-kira 100 pembekal kandungan siaran televisyen seluruh nergara.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan