Pinjaman Perumahan: Cuepacs Mahu Adakan Rundingan Dengan Bank

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhasrat mengadakan rundingan secara komprehensif dengan institusi kewangan yang bakal dilantik mengurus pinjaman perumahan penjawat awam.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng dalam kenyataan pada Selasa berkata rundingan itu, yang tidak dinyatakan tarikhnya, adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam.

"Kebimbangan pekerja adalah syarat-syarat pinjaman perumahan yang dikenakan institusi kewangan lebih ketat dan fokus kepada keuntungan.

"Manakala kerajaan yang sebelum ini menguruskan pinjaman itu lebih memberi keutamaan dengan membantu pekerja memperoleh rumah dengan tidak membebankan dan menyusahkan mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Kerajaan, dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, mencadangkan bahawa Skim Pinjaman Perumahan Sektor Awam yang diuruskan Bahagian Pinjaman Perumahan, akan dipinda ke bank-bank, untuk menguruskan semua pinjaman itu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata setakat ini empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan