Penyokong PAS Disaran Tinggalkan Parti - Ali Rustam

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan penyokong PAS agar meninggalkan parti itu yang perjuangan politiknya kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata perjuangan PAS dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam.

"Memang dari dulu kita (Barisan Nasional) dah beritahu, PAS tidak lagi perjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan ahli seumur hidup PAS Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Mohd Ali turut memuji pengakuan Sasterawan Negara itu dan menganggap ia satu tindakan yang tepat dalam usaha memastikan masyarakat Islam tidak terkeliru dengan perjuangan tersebut.

Katanya beliau yakin lebih ramai ahli atau pemimpin parti itu akan tampil menyatakan pendirian mereka berhubung perjuangan PAS pada masa ini.

Terdahulu, Mohd Ali menyampaikan sumbangan yuran persekolahan oleh kerajaan negeri Melaka berjumlah RM250,000 kepada 118 pelajar Sekolah Menengah Pay Fong di sini yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sekolah Cina persendirian tersebut turut dijangka akan memulakan aktiviti penanaman sayur dan buah-buahan di tanah seluas 0.3 hektar yang disewakan kerajaan negeri Melaka pada November depan.

Katanya inisiatif tersebut bertujuan membantu sekolah berkenaan menjana pendapatan tambahan bagi menampung kos pengurusan yang semakin meningkat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan