Ismail Sabri Sangkal Barang KR1M Tidak Berkualiti

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal keras dakwaan bahawa barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berkualiti.

Beliau berkata dakwaan itu yang disebar pembangkang sebenarnya bertujuan politik untuk mendapat sokongan rakyat. "Bagi pembangkang, kalau rakyat gembira dengan KR1M, ia tentu memberi kelebihan kepada kerajaan kerana rakyat akan undi kerajaan. Sebab itu, pembangkang lebih suka melihat rakyat susah supaya mereka ada modal politik," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri Dialog Tahunan Kementerian Bersama Industri Sabah, di sini hari ini, menegaskan semua barangan keperluan yang dijual di KR1M mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

"Sekiranya Kementerian Kesihatan memutuskan barangan keperluan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia rendah kualiti atau tidak sesuai, kita tidak teragak-agak menarik balik barangan terbabit," katanya. Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementeriannya merancang membuka sekurang-kurangnya 25 lagi KR1M di Sabah dan dua di Labuan berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna di negeri ini.

Pada masa ini, hanya sebuah KR1M dibuka di Sabah iaitu di Inanam, dekat sini. Ismail Sabri berkata untuk tahun depan , sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk Program Penyeragaman Harga di Sabah dan Labuan.

Peruntukan itu meliputi sekurang-kurang 30 kawasan baharu yang dikenal pasti termasuk di Kudat, bahagian pantai utara Sabah. Menurutnya Program Penyeragaman Harga bukan hanya bermatlamat menyeragamkan harga barangan keperluan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan tetapi juga antara bandar dan luar bandar di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan