Azmin Enggan Dikaitkan Kontroversi Pecat Faekah

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gesaan agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat daripada kedudukannya bukan mewakili pendirian rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Enggan dikaitkan dalam konflik pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali menyerahkan isu berkenaan kepada pentadbiran parti di peringkat pusat.

"Gesaan itu bukan atas nama Majlis Pimpinan Negeri (MPN), dia tak mewakili MPN. MPN tak membincangkan pun mengenai perkara ini.

"Tapi kita hormati pandangan itu. Itu pandangan beliau sebagai anggota dan selaku pengarah pilihan raya. Malah saya percaya ia juga pandangan ahli akar umbi hasil lawatannya ke cabang-cabang," katanya kepada mStar Online di Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa kepimpian PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya negeri, Borhan Aman Shah agar PKR Pusat mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.

Menurut Borhan, PKR Pusat didesak berbuat demikian kerana Faekah secara terbuka mengkritik Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden parti.

Mengulas lanjut mengenai rungutan yang ditimbulkan, Ahli Parlimen Gombak itu bagaimanapun menyerahkan isu berkenaan kepada pentadbiran parti diperingkat Pusat untuk menanganinya.

"Pandangan telahpun disuarakan oleh anggota, jadi terserah kepada parti untuk meneliti pandangan serta cadangan yang dikemukakan.

"Anda kena rujuk Setiausaha Agung kerana ia melibatkan isu pentadbiran parti," katanya.

Ditanya sama Borhan merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan media, Mohamed Azmin berkata: "Tak ada...tak ada perbincangan dibuat."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan