Ahmad Zahid Perjelas Kehadiran Kapal USS George Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran kapal perang USS George Washington di Pelabuhan Klang adalah bagi mempromosikan hubungan dua hala Amerika Syarikat dan Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan lawatan persahabatan dan rakyat tidak perlu berasa bimbang.

"Saya suka mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan membiarkan negara ini dijadikan pengkalan tentera asing.

"Ia lawatan biasa, tidak perlu untuk dipolitikkan, kerana ia perkara biasa, malah tentera kita juga turut mengadakan lawatan di beberapa negara jiran," katanya ketika ditemui di lobi dewan rakyat, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan kapal asing berlabuh di Pelabuhan Klang, Ahad lalu.

Kapal USS George Washington berada di negara ini selama lima hari bertujuan mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Tambahnya, kehadiran kapal tersebut bukan membawa masuk dana asing untuk pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, ia termasuk dasar pertahanan negara yang menerima kunjungan pegawai dan anggota tentera negara sahabat bagi meningkat hubungan dua hala dan diplomasi ketenteraan.

"Kita mempunyai pendirian yang tegas, tidak mahu mana-mana negara campur tangan dalam perkara membabitkan pertahanan negara.," katanya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan