Pertimbangan Aspek Kemampuan Dalam Skim Rebat Telefon

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mekanisme yang akan diperkenal oleh kerajaan mengenai rebat telefon pintar untuk belia perlu juga mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan, kata Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit).

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebih berbelanja untuk telefon mereka.

Selain berkata skim itu akan menggalakkan lebih ramai belia beralih menggunakan telefon pintar, beliau turut menyamakan inisiatif berkenaan sebagai "terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya".

"Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kita berharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bila institusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengah mereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidak akan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini.

"Kita tidak mahu melihat bil telefon menjadi sebahagian besar gaji dan perbelanjaan belia-belia ini," katanya kepada Bernama.

Oleh itu Mohd Ali mencadangkan pakej tersebut mengehadkan perbelanjaan itu kepada jumlah tertentu setiap bulan.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam projek berkenaan perlu menawarkan terma dan syarat yang jelas caj perkhidmatan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membentangkan Belanjawan 2013, mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi RM200 bagi pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Sejumlah RM300 juta diperuntuk untuk inisiatif berkenaan yang dijangka memanfaat kira-kira 1.5 juta belia.

Dilaporkan kerajaan akan mengeluarkan mekanisme untuk melancarkan inisiatif tersebut tidak lama lagi.

Mohd Ali berkata untuk mengelak salah guna, hanya syarikat telekomunikasi yang berwibawa perlu dilantik menyertai program berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan