Penyebaran Ajaran Syiah Dikesan Di Melaka

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Gerakan penyebaran ajaran Syiah dikesan berlaku di Melaka sejak enam bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berjaya mengawal penyebaran itu menerusi rampasan besar-besaran terhadap risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Jaim sudah menarik balik berpuluh ribu bahan seperti buku dan risalah yang mengandungi maklumat berhubung fahaman Syiah bagi mengelak kekeliruan akidah umat Islam di sini, Isnin.

"Kita khuatir fahaman ini akan memudaratkan pemikiran umat Islam, namun setakat ini gerakan terbabit masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Khas Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Taklimat Isu Semasa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhammad dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Mohd Ali juga mengesahkan tiada masjid di negeri itu yang terbabit menyebarkan fahaman berkenaan sebaliknya gerakan dilakukan pihak luar.

Beliau berkata kesemua masjid berkenaan telah diarah menyekat dan merampas buku Syiah selain melaporkannya kepada pihak berkuasa jika berlaku aktiviti sedemikian.

Katanya setiap masjid juga diminta menyampaikan khutbah mengenai gerakan terbabit dan kesan yang boleh berlaku jika kefahaman itu menular dalam kalangan masyarakat.

Jaim katanya akan terus memantau pergerakan pihak terlibat dalam menyebarkan ajaran itu bagi membendung penularannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan