Pendaftaran BR1M 2.0 Bermula 1 November Ini

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan bermula pada 1 November ini, umum Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin.

Beliau berkata tempoh selama dua bulan diberikan bagi membolehkan orang awam mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejabat daerah bermula daripada tarikh berkenaan.

"Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.

"Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah," katanya

Ahmad Husni berkata kerajaan merancang untuk memberikan BR1M pada awal tahun hadapan.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan kerajaan sedia menyambung pemberian BR1M 2.0 kepada penerima sedia ada dan baru serta individu yang belum berkahwin yang memiliki pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan