Pelabur Berhak Buat Laporan Peniaga Emas Disyaki Melakukan Kesalahan

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pelabur mempunyai hak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, termasuk Bank Negara Malaysia, terhadap syarikat yang berurus niaga emas yang disyaki melakukan kesalahan.

"Jika mereka bimbang (terhadap kesalahan yang disyaki) itu, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk melindungi diri mereka," kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan "Bulan Celik Kewangan" 2012.

Bank pusat dan pihak berkuasa berkaitan telah membuat serbuan ke atas empat syarikat melibatkan perniagaan urus niaga emas kerana disyaki melakukan kesalahan, termasuk pengambilan deposit yang tidak dibenarkan, pengubahan wang haram serta maklumat palsu.

Syarikat-syarikat itu ialah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

"Kita mahu melindungi orang awam daripada mudah dipengaruhi dengan janji-janji pulangan yang tinggi dan jaminan beli balik ke atas pelaburan. Jika pulangannya terlalu tinggi, masalahnya ialah sama ada ianya boleh dikekalkan ataupun sebaliknya." kata Abu Hassan.

Sementara itu, beliau juga berkata yang Bank Negara kini sedang memantau secara rapat hutang isi rumah yang pada masa ini berada pada 76 peratus.

"Kita mahu memastikan paras mampan yang berterusan. Sementara, sesetengah jumlah hutang itu ada membantu dari segi merancakkan penggunaan dan aktiviti ekonomi, kita juga mahu memastikan yang para pengguna boleh menguruskan kekayaan masing-masing," tambah beliau.

Acara "Bulan Celik Kewangan" anjuran Bank Negara dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, bertujuan menangani isu-isu kewangan di kalangan orang ramai.

Ia juga bertujuan memberi fokus kepada meningkatkan hubungan antara pengguna dan institusi kewangan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan