PAS, PKR Tidak Sependapat Isu Projek Rapid

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor mencetuskan perdebatan terbuka antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Kedua-dua pimpinan parti itu dilihat mengeluarkan kenyataan bercanggah serta tidak sependapat berhubung projek berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Rapid akan tetap dijalankan sekiranya pembangkang menang di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya tetap berpandangan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan amanah untuk mentadbir Johor, maka mereka boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di Johor.

"Johor negeri yang luas dan tidak timbul isu nak memindahkan Rapid ke tempat lain ataupun kita menolak projek ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Sebelum ini Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mencadangkan agar projek tersebut dipindahkan ke Kerteh kerana mendakwa kos pembinaan projek Rapid yang bakal menelan belanja sebanyak RM60 bilion itu merupakan satu pembaziran.

Bagaimanapun Salahuddin menyifatkan kenyataan Wong sebagai pandangan peribadi pemimpin PKR itu tanpa mencerminkan pendirian pembangkang secara bersama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan