Lesen Tujuh IPTS Ambil Pelajar Luar Negara Ditarik Balik

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik lesen atau kelulusan tujuh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mengambil pelajar luar negara kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata kesalahan termasuk melanggar undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. "Kita mempunyai 169 IPTS yang dibenarkan mengambil pelajar antarabangsa, dan tujuh daripadanya ditarik balik lesen kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas bertemu pelajar dari Republik Rakyat China di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini, Isnin. Sementara itu, Hou berkata Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS disaran mengambil lebih ramai pelajar antarabangsa bagi membantu merealisasi wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Beliau berkata institusi pengajian tinggi di negara ini menawarkan kursus yang setaraf dan setanding dengan institusi pengajian tinggi lain selain mempunyai kemudahaan pengajian yang mencukupi serta tenaga pengajar profesional.

Hampir 600 pelajar antarabangsa termasuk dari Turki, Tanzania, Myanmar, Jepun dan Kenya kini menuntut di UMS. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan