KPT Kaji Keperluan Garis Panduan Baucar Buku 1Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji keperluan menyediakan garis panduan bagi mengelak pelajar dan pihak yang berkenaan menyalah guna Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 yang dijangka diagih awal tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai penyalahgunaan baucar itu sebelum ini namun jumlah kes adalah kecil.

"Keseluruhannya pelajar kita telah menggunakan BB1M secara bertanggungjawab. Kementerian telah mendapat kerjasama baik daripada universiti dan pelajar untuk bertindak ke atas golongan tertentu yang ingin mengambil kesempatan atas bantuan ini," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) supaya kerajaan mewujudkan satu garis panduan mengenai penggunaan BB1M untuk mengelakkannya disalah guna.

Pada 1 Oktober lepas, Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata garis panduan itu penting bagi memastikan pelajar institusi pengajian tinggi memanfaatkan baucar tersebut dengan membeli buku ilmiah bagi keperluan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan