Khalid Sangkal Dakwaan Undi Pembangkang Sebagai Undi Kepada Soros

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menyangkal dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya umum boleh disifatkan sebagai undi kepada George Soros, spekulator matawang.

"Saya percaya tiada yang kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah matang, dan matang menilai kenyataan seumpama itu," kata Khalid yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor.

Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad.

Dalam pada itu, semasa berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PKR Cabang Kuala Selangor 2012 di Ijok, dekat sini, Khalid mengakui masih ada anggota parti itu yang memperlekeh parti dan meragui Pakatan Rakyat - gabungan kerjasama PAS, DAP dan PKR.

"Saya akui masih ada ahli yang sanggup 'makan' dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri.

"Sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan