Kerajaan Tidak Berhasrat Tambah Kadar Subsidi Rawatan Dialisis

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat menambah pemberian bantuan subsidi rawatan dialisis buat masa ini memandangkan jumlah pesakit tanggungan kerajaan terus meningkat dari tahun ke tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kementerian memberi bantuan subsidi rawatan hemodialisis sejak 2001 kepada pesakit-pesakit miskin dan kurang mampu bagi menjalani rawatan itu di pusat-pusat dialisis badan bukan kerajaan (NGO) pada kadar RM50.00 untuk setiap rawatan.

"Sehingga kini seramai 29,937 orang pesakit telah menerima subsidi berkenaan yang berjumlah RM208.70 juta," katanya ketika menjawab soalan Dr P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Dewan Rakyat, Isnin.

Ramasamy bertanya sama ada Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kadar subsidi bagi rawatan hemodialisis daripada RM50 sekarang bagi meringankan beban pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang yang terpaksa menanggung kos dialisis dan rawatan lain yang didakwa tinggi pada masa ini.

Rosnah berkata kementerian juga memberikan subsidi bantuan suntikan erythropoietin (e-poietin) mulai 1 April 2009 sebanyak RM30 bagi setiap suntikan, membabitkan peruntukan RM31.30 juta untuk tempoh 2009 sehingga Julai tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan