Usaha Perangi Rasuah Tunjuk Hasil Positif - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menghapuskan rasuah menunjukkan hasil yang positif dan ketara, selain berkesan dalam memenangi hati dan minda rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, satu kajian dijalankan oleh Transparency International pada tahun lepas, menunjukkan bahawa 49 peratus rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan dalam membanteras rasuah adalah berkesan, berbanding hanya 29 peratus pada 2009.

“Saya pasti jika diberikan masa, Malaysia akan berjaya memerangi rasuah, dan meningkatkan lagi persepsi orang ramai terhadap usaha-usaha kerajaan terhadap anti-rasuah,” katanya semasa menutup Mesyuarat Agung dan Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di sini.

Antara inisiatif dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mahkamah khas rasuah dan pelaksanaan pakatan integriti.

Beliau berkata, nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini digunakan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan individu rasuah dikeluarkan visa untuk masuk ke negara itu.

Muhyddin berkata: “rasuah merupakan musuh global yang boleh merosakkan negara-negara kaya dan miskin, serta boleh menjejaskan komitmen Malaysia dalam mengekalkan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial.”

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan