Reputasi Pemandu Teksi KL Terburuk Di Dunia

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya mengunakan beg selimpang, beg kamera kosong di leher dan mengenakan seluar longgar saya berlagak untuk menjadi sebahagian pelancong Mat Salleh.

Dilahirkan dalam keturunan campuran British Cina Malaysia, saya ditugaskan untuk "menyamar" sebagai pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur, yang dikatakan mempunyai reputasi pemandu teksi paling teruk di dunia, menurut LondonCabs.co.uk.

Laman web popular TripAdvisor juga memberi amaran kepada pelancong agar berwaspada dengan pemandu teksi di KL yang "enggan menggunakan meter".

Memetik laporan TripAdvisor "umumnya ia seperti serupa dengan rompakan di siang hari, dan apabila tawar-menawar berlaku, ia dibalas dengan isyarat yang kasar atau bahasa kesat ...".

Pada Virtualtourist.com pula, pengunjung mencatatkan: "Saya telah mengembara ke serata dunia, saya boleh memberitahu anda pemandu teksi di KL adalah yang palimg buruk yang pernah ditemui."

Sementara itu antara reaksi menjawab: "Setuju!Mereka memang terkenal di seluruh dunia untuk menipu pelanggan ! "

Jadi dengan menyamar sebagai pelancong, saya dapat belajar bahawa apabila anda seperti hilang arah dan akan mendapat "kawan" dalam tempoh yang singkat di Jalan Bukit Bintang.

"Hello, kenapa dengan anda?"

"Di mana anda mahu pergi, Cik?"

"Teksi puan?"

Kes ujian pertama saya adalah seorang lelaki berkaca mata yang melompat keluar dari garisan tempat menunggu teksi dengan perkataan "Teksi bermeter" seperti ditampal di setiap sisi teksi.

"Puduraya?" Saya bertanya.

"Tiada masalah," jawabnya.

Teksi bergerak memulakan perjalanan melalui bangunan pusat membeli belah Lot 10 di sepanjang Jalan Sultan Ismail ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Pemandu teksi agak sopan dan mesra.

Beliau bertanya dan mengambil tahu sedikit sebanyak tentang latar belakar saya, apa yang saya lakukan di sini dan kemudian menawarkan beberapa perjalanan yang menarik untuk saya berlibur: ke Genting Highlands pergi dan balik? RM250. Zoo Negara? RM100.

"Di England, orang mempunyai banyak wang (kaya), UH?"

"Ada kemelesetan," saya menjawab.

"Apabila anda di Malaysia, wang anda sangat besar!"

Saya bertanya seperti tidak tahu: "Apakah tanda pada tingkap anda sepatutnya menggunakan meter"

Hanya teksi di perhentian teksi sahaja yang menggunakan meter, beliau menjelaskan sabar.

Kami telah melalui kira-kira 2km dalam masa kira-kira lima minit. Yuran adalah RM25.

Saya melihat di laman web Tambang Teksi Malaysia Auto laman web memberitahu, bahawa perjalanan tersebut seharusnya hanya berjumlah RM8.

Saya meminta resit, dan dia mengoyakkan slip dari buku resit merah jambu dan menyerahkan kepada saya, dengan senyuman yang tidak diketahui.

Saya membuat tinjauan kepada lima teksi untuk cuba membuat perbandingan tambang.

Tidak seorang pun yang menggunakan meter, dan semua mempunyai alasan yang bijak: solat Jumaat, kesesakan lalu lintas yang sangat buruk, sukar untuk mencari pelanggan, mesin rosak.

Daripada semua pemandu teksi saya temui, hanya seorang sahaja yang tidak mengenakan bayaran terlalu mahal iaitu seorang lelaki dalam 60-an awal.

Beliau tidak menggunakan meter ketika mengambil saya dari Jalan Tun HS Lee ke Pavilion di Bukit Bintang dan harga tambang adalah RM10, hampir sepadan pengiraan Auto Tambang Teksi Malaysia.

Itu satu dalam 11 pemandu teksi yang saya temui. Mereka tidak berniat jahat atau bersikap kurang ajar pada pelanggan namun bila mereka tidak menggunakan meter dan cuba menaikkan harga tambang itu sangat menyedihkan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan