PAS Nafi Senarai Kabinet Bayangan Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: PAS menafikan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan Utusan Malaysia dan sebuah blog baru-baru ini.

Ketika menafikan demikian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, senarai itu sengaja direka akhbar atau blog berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti itu dengan PKR dan DAP.

"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir.

"Perancangan (susunan kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tau lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno disempurnakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi di sini.

Perhimpunan dua hari itu bermula semalam.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama lebih 10,000 orang ramai.

Isnin lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom dan Australia, bukan di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan