Bajet Selangor Dibentang 19 November

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESTARI JAYA: Bajet Negeri Selangor akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 November depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sabtu.

Beliau berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memberikan perkenan baginda mengenai sidang pada 19 November itu tetapi baginda masih belum memberikan perkenan mengenai cadangan sidang khas DUN.

Rabu lepas Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bercadang mengadakan sidang khas itu bagi membentangkan tiga isu yang menjadi pertikaian hangat di Selangor iaitu isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd, penstrukturan semula industri air negeri dan senarai pengundi yang didakwa diragui dan gagal dikesan.

Oleh itu, Khalid berkata Rabu depan beliau akan mengadap baginda bagi mendapatkan perkenan untuk mengadakan sidang khas itu sebelum 19 November ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini beliau berkata jika sidang khas itu mendapat perkenan Tuanku ia akan membolehkan kesemua 56 anggota DUN lebih fokus untuk memahami dan membahaskan isu berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan memperuntukkan RM15 juta bagi membina Dataran Anak Muda yang setiap satunya menelan kos pembinaan antara RM200,000 ke RM300,000 di 55 lagi DUN dalam tahun ini.

Beliau berkata setiap Dataran Anak Muda itu akan dilengkapi satu gelanggang futsal, satu gelanggang bola keranjang, kemudahan internet tanpa wayar (WiFi) dan kiosk-kiosk perniagaan untuk belia yang berminat berniaga. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan