Pertukaran Datuk Bandar PJ Proses Biasa - KSN

Diterbitkan: Sabtu, 6 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Arahan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa Isnin lepas merupakan proses biasa yang berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, ini kerana Mohamad Roslan masih lagi berkhidmat di dalam negeri Selangor dan pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat.

"Pertukaran pegawai persekutuan ini, ia berlaku dalam negeri sama ada dari negeri-negeri tertentu ke jabatan persekutuan atau pertukaran di dalam negeri berkenaan sahaja...ini perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ 2012' di sini, Sabtu.

Ali mengulas kenyataan pihak tertentu yang mengatakan beliau membelakangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya itu.

Media pada Rabu turut melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju untuk menangguhkan selama sebulan pertukaran Mohamad Roslan ke jawatan barunya bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Ali, keputusan penangguhan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa terdapat penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi mendapatkan maklumat rahsia negara, Ali berkata, beliau akan mengarahkan JPA untuk menjalankan siasatan.

"Oleh kerana ianya masih dakwaan, saya akan minta JPA dan lain-lain agensi untuk melihat sama ada dakwaan seperti ini benar atau tidak. Jika ada kebenaran tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terlibat" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan