Malaysia-Thailand Meterai Kerjasama Banteras Rasuah

Diterbitkan: Sabtu, 6 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) pada Sabtu menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk membentuk kerjasama berkesan dalam memerangi rasuah.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pesuhjayaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Pesuruhjaya NACC, Prof Pakdee Pothisiri, di luar Konvensyen Persatuan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di sini.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Abu Kassim berkata, kerjasama itu termasuk bantuan teknikal, latihan dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, SPRM mengenal pasti empat bidang yang Malaysia dan Thailand boleh bekerjasama, antaranya penyeludupan manusia yang menjadi keprihatinan bersama.

Pakdee pula berkata, kedua-dua negara sentiasa berkongsi secara tidak formal dalam memerangi rasuah dan Mou berkenaan bertujuan mengukuh hubungan sedia terjalin antara kedua-dua negara.

"SPRM sentiasa profesional dan membantu dengan berkongsi maklumat dan teknologi bersama kami, tetapi oleh kerana konvensyen IAACA tahun ini memfokus kepada bantuan teknikal dan pertukaran maklumat, MoU ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu bagi menjadikan perkongsian kami secara formal," katanya.

Beliau berkata, perjanjian persefahaman tersebut dijangka meningkat kerjasama antara SPRM dan NACC, yang boleh membantu dan mencegah kes rasuah antara kedua-dua negara yang bersempadan.

"Kami antara lain akan memfokus kepada pertukaran maklumat dan bahan profesional, pertukaran pengalaman dalam mengesan dan menyediakan bantuan teknikal dalam aktiviti pengoperasian," tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan