Malaysia Masih Teguh Terima Pelaburan Asing - PM

Diterbitkan: Sabtu, 6 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KERTIH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia masih berada pada landasan yang teguh dalam menerima pelaburan langsung asing (FDI) walaupun persekitaran ekonomi global dilihat tidak menentu.

Perdana Menteri berkata, bagi suku pertama tahun 2012, negara mencatat kemasukan FDI bernilai RM13 bilion.

"Jelas terbukti bahawa para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan utama," katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Loji Biometionina dan Tiokimia bersepadu di Taman Biopolimer Kerteh, di sini.

Projek bernilai RM2 bilion yang terletak di kawasan seluas 70 hektar itu merupakan projek kerjasama antara CJ CheilJedang dari Korea dan platform biokimia Arkema dari Perancis, yang bakal beroperasi pada Disember 2013.

Fasiliti bersepadu adalah yang pertama di dunia menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan.

Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) merupakan rakan kerjasama dalam menarik pelaburan itu ke Malaysia dan merealisasikan pelaksanaannya di Taman Biopolimer Kertih.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk seri Ahmad Said, ketua Pegawai Eksekutif CJ CheilJedang Kim Chu Ha dan Naib Presiden Eksekutif Arkema, Marc Schuller.

Najib berkata, pelaburan itu membuktikan keyakinan mereka terhadap negara ini sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.

"Apabila kerajaan menerima pelaburan asing masuk ke negara ini, selain daripada meningkatkan ekonomi negara, kerajaan juga akan juga menimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima ini dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

"Manfaat dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat," katanya.

Mengenai projek bio-metionina, Najib berkata, loji itu merupakan kemudahan pertama seumpamanya di dunia yang memproses penapaian dalam menghasilkan L-metionina.

"Saya bangga disebabkan projek ini juga merupakan pelaburan utama pertama oleh syarikat industri bioteknologi antarabangsa dalam negara, yang akan meletakkan Malaysia setanding pengeluar dan pengeksport suapan lain serta membuktikan bahawa sudah muncul sebagai penggiat utama dalam forum inovasi global," katanya.

Perdana Menteri berkata, Taman Biopolimer Kertih juga merupakan antara projek penting di zon ekonomi khas ECER, penumpuan projek berimpak tinggi dari Kertih di Terengganu ke Kuantan Pahang, yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di ECER.

"Saya difahamkan bahawa usaha sama antara CJ dan Arkema sahaja diunjur menjana pendapatan negara kasar (PNI) sebanyak RM11.1 bilion menjelang 2020 dan RM20 bilion nilai jualan, selain menyediakan 500 peluang pekerjaan, kebanyakannya untuk penduduk tempatan," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, kompleks biopenapisan itu dijadualkan beroperasi tahun depan, menggunakan tenaga boleh baharu daripada biojisim.

"Projek ini dijangka menjana PNI mulatif sebanyak RM20.4 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 2,500 pekerjaan untuk Malaysia. Dengan unjuran FDI sebanyak RM7 bilion, kompleks seluas 1,000 hektar itu dijangkakan diduduki lapan pengusaha bioteknologi global menjelang 2015," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan