Ketua Audit Negara Sahkan Pembelian Scorpene Ikut Prosedur - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 6 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.

Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.

Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.

Zahid memberitahu pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian.

"Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan