Pelabur Rayu Genneva Dibenar Beroperasi Semula

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pelabur dan jururunding Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva) di negeri ini merayu agar syarikat itu dibenar beroperasi semula kerana penutupan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak awal minggu ini menjejaskan pendapatan mereka.

Jururunding cawangan Pulau Pinang, Nordiana Nasaruddin berkata, terdapat kira-kira 8,000 pelabur di negeri itu dan kebanyakannya adalah pesara yang bergantung kepada pulangan daripada pelaburan emas berkenaan sebagai pendapatan.

Apabila syarikat tidak beroperasi, maka golongan ini menghadapi masalah untuk menyara kehidupan mereka, katanya pada sidang media, di sini.

Seorang pelabur, Mary Irende, 56, yang terbabit dalam skim itu sejak tiga tahun lepas, berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya memang menggunakan sepenuhnya keuntungan daripada jual-beli emas ini untuk menampung perbelanjaan setiap bulan, apabila terjadi perkara seperti ini saya sangat tertekan," katanya.

Pada 1 Oktober lepas BNM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan serbuan terhadap Genneva.

Syarikat yang mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina itu diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan