NGO Desak KDN Siasat Pembangkang Bawa Masuk Peguam Asing

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat membawa masuk pihak asing mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan negara berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Mohd Taib berkata siasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luar negara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamah di Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.

Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiran peguam terbabit, yang tidak diketahui sumbernya.

"Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Jumaat.

Selain KWMM, NGO lain yang membuat laporan polis ialah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pada 3 Okt lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Mahfuz Omar, R. Sivarasa dan Tian Chua mengadakan sidang akhbar di Parlimen memaklumkan Anwar menyampaikan surat jemputan kepada Bourdon dan rakan peguamnya, Joseph Breham serta Oliver Metzner untuk memberi taklimat di Dewan Rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan