Kes Demam Denggi Di T'ganu Meningkat 20 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kes demam denggi di Terengganu didapati meningkat 20 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata sepanjang tahun lepas hanya 514 kes dicatatkan, namun tahun ini setakat September lalu, sejumlah 616 kes dicatatkan.

Besut mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus daripada 49 kepada 101 kes, katanya kepada pemberita selepas perasmian Klinik 1Malaysia yang pertama di daerah ini, Jumaat.

Klinik di Kampung Nyiur Tujuh itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini belum ada kes kematian akibat denggi dilaporkan. Dalam perkembangan lain, Dr A. Rahman berkata pihaknya bercadang untuk meletakkan tiga pegawai perubatan bertugas sepenuh masa di unit kecemasan hospital yang mempunyai ramai pesakit di seluruh Terengganu, termasuk Hospital Daerah Besut di Jerteh.

Katanya langkah itu bagi memberi keselesaan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan terutama selepas waktu pejabat dan pada hari cuti minggu serta cuti umum.

Beliau berkata sejak Jun lepas dua pegawai di tempatkan di unit kecemasan bagi menampung keperluan yang sebelum ini ditangani oleh seorang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan