Ismail Sabri Perjelas Pembinaan Sebuah Kedai KR1M

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta adalah sesuatu yang keterlaluan.

Katanya, peruntukan untuk membina kedai tersebut tidak terhad kepada sekadar membina kedai semata-mata.

Sebaliknya terdapat pelbagai lagi kos yang terlibat seperti kos barangan, kos pengangkutan yang kesemuanya ini melibatkan wang, ujar beliau.

"Oleh yang demikian, seseorang tidak wajar membuat andaian yang kos itu pergi keseluruhannya untuk membina atau mewujudkan kedai semata-mata.

"Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sementara yang lainnya pergi kepada lain-lain perbelanjaan," katanya kepada para pemberita selepas melancarkan Program Bengkel Modenisasi Automotif (Atom) di sini pada Khamis.

Beliau turut menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul.

Lim sebelum ini mendakwa peruntukan untuk projek KR1M sepertimana yang diumumkan pada Bajet 2013 Jumaat lalu adalah agak keterlaluan dengan setiap satu kedai melibatkan kos sebanyak RM6.7 juta sedangkan pada perkiraannya kos setiap kedai sepatutnya tidak melebihi RM470,000.

Lim mendakwa, peruntukkan tersebut akhirnya masuk ke kantung kontraktor yang dianugerahkan projek mengendalikan kedai tersebut.

Di SUBANG JAYA, Mydin Mohamed Holdings Bhd berkata, sesiapa sahaja boleh menjalankan operasi kedai KR1M.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin menyangkal dakwaan bahawa syarikat beliau memonopolikan francais KR1M.

Ameer berkata, sekurang-kurangnya empat kedai KR1M dikendalikan oleh usahawan lain, dan beberapa lokasi lagi menjelang akhir tahun.

"Tiada monopoli oleh Mydin seperti yang didakwa oleh ahli politik tertentu," kata Ameer pada sidang media di ibu pejabat Mydin di sini pada Khamis.

"Jika usahawan lain mahu mengambil-alih mana-mana kedai KR1M yang dikendalikan oleh kami, mereka dialu-alukan berbuat demikian."

Beliau berkata, Mydin hanya memudahkan bantuan kepada kerajaan untuk mewujudkan KR1M, sambil menambah bahawa ia hanya memperoleh margin keuntungan 1 peratus hingga 2 peratus daripada KR1M.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan